1. Kekalkan solekan mudah dan pastikan kulit sentiasa lembap.
Salah satu tips mudah untik melancong dan bergaya adalah dengan menggunakan pelembap berwarna (tinted moisturizer) atau nama lain BB Cream/ CC Cream.
Jika kebiasaan menggunakan bedak asas (foundation) jenis litupan penuh (full coverage), anda bolehlaj bertukar ke pelembap berwarna (tinted moisturizer).
Pelembap berwarna ini tidak hanya membantu untuk kelihatan bermekap. Malah ia juga dapat mengelakkan kulit dari menjadi terlalu kering. Ia amat penting kerana kitaran udara di dalam kapal terbang adalah amat kering. Disarankan juga menggunakan pelembap asas (mengikut jenis kulit) sebelum menggunakan pelembap berwarna.
Pelembap berwarna tidak hanya membantu untuk kelihatan bermekap. Malahia juga dapat mengelakkan kulit dari menjadi terlalu kering.
Sebagai tambahan untuk kelihatan sentiasa segar adalah dengan menggunakan sedikit mascara, pemerah pipi (blusher), dan pelembap bibir berwarna (tinted lip balm). Disarankan juga menyimpan wet wipes makeup remover di dalam tas tangan untuk memudahkan menanggalkan makeup jenis kalis air ketika bersedia mengambil wudhu.
2. Bertukar dari menggunakan Bag Duffel ke bag carry on yang comel.
Buat penggemar vintage, anda boleh memilih jenis bag yang unik and menarik perhatian sebagai bag yang trendy dilengkapi sedikit metalik, buckles dan zip.
3. Katakan TIDAK kepada Baju Pajama.
Terdapat jelas perbezaan antara keselesaan dan kelihatan tak kemas. jadi elakkan pakaian T-shirt biasa seperti ke Gym dan bertukar ke pakaian lebih bergaya dan masih tampil santai. Anda boleh menggunakan jeans untuk kelihatan bagus atau material jeans (seperti skirt labuh jeans). Ia juga perlu cukup selesa walau berada dalam kapal terbang dalam tempoh sangat lama.
Jika tidak meminati material jeans, disarankan juga menggunakan maxi skirt jenis cotton sebagai alternatif.
4. Gunakan kasut tumit rata dari menggunakan tumit tinggi.
Adakalanya kita tak pasti sama adakalanya terpaksa mengejar bas, teksi atau kapal terbang. maka kasut tumit tinggi adalah amat tidak disarankan. Kasut tumit rata tak bermakna membosankan. Anda boleh memilih kasut tumit rata yang selesa dilengkapi metalik atau berbatu permata (sebagai hiasan).
5. Masukkan topi sebagai senarai barang keperluan.
Kepada waniat yang tak bertudung, apabila rambut kelihatan tak terurus terutama ketika pendataran awal pagi. Gunakan topi sebagai penyelamat. Sebagai cadangan menggunakan topi jenis Fedoras and Cloches. Topi yang trendy sepnajang zaman.
6. Gunakan pakaian berlapis.
Adakalanya di dalam kapal terbang, udara boleh menjadi sangat sejuk. Mulakan dengan baju di bahagian dalam berwarna hitam atau putih. Apabila mula terasa sejuk, gunakan cardigan sedikit lebih besar atau jaket ringan.
7. Pilih aksesori yang mudah.
Kemungkinan besar ketika di bahagian pemeriksaan imigresen, anda akan perlu untuk menaggalkan semua barang aksesori jika yang metal apabila di metal detector. Jadi elakkan barang kemas sebegitu. Ia termasuk tali pinggang, rantai dan sebagainya. Sebagai alternatif boleh menggunakan bracelet dan necklace panjang yang tidak mengganggu ketika beratur di bahagian sekuriti. I akan kelihatan hebat dengan anda.
By SITI SURYATI BAHARI
Certified Image Consultant
Malaysia
No comments:
Post a Comment